Alhamdulillah.
Semalam merupakan 30 hari genap dalam group One day One Juz(ODOJ).
Selama sebulan melatih diri,syukur Allah membantu dan permudahkan ia sehingga ke akhirnya.
Minggu Pertama ODOJ
Sebab apa nak juin?
Sebab saya sendiri rasa tak istiqamah nak baca AlQuran.Even kita setkan mutabaah amal kita untuk membaca Quran setiap hari,ianya amat amat dalam kondisi parah.
Bila masa free,banyak lah baca.
Bila masa tak free,kuranglah baca.
Tanya diri,sampai bila aku nak macam tuh?
Bila banyak baca,rasa selesa gituh?
Bila kurang baca,
"Takpe,semalam dah banyak baca kan?"
Amboih.Manyak ohsem nye!!
Tanya diri,takkan masa bulan Ramadhan sahaja boleh baca satu hari,satu juz?
Dengan niat dan tekad,mudahan ODOJ membantu aku untuk lebih dekat dengan Al Quran,lebih faham & jadikan ia sebahgiaan dalam diri.
Dengan juin Odoj kita akan ada team,pakat usaha sama sama untuk latih diri kosisten baca Quran setiap hari.
Mula mula rasa takut jugak untuk juin,boleh ke aku habiskan satu hari satu juz?Tapi sampai bila kita nak cipta pelbagai alasan?
Inilah salah satu usaha kita.
Yakin.Yang Allah akan tolong kita!
Bila bermulanya,agak panik sebab tidak rasa yakin untuk habiskan,al maklumlah,kelas sampai petang.
Pujuk diri.
Aku mesti boleh!
Dalam group odoj,ada yang banyak kerja,ada family,ada anak,boleh pula juin odoj,takkan aku yang bujang ni tak boleh?
Allahu.
Bila dah seminggu berlalu,Alhmdulillah.
Dah boleh latih diri untuk cari masa untuk baca Quran,
Selama ini ada sahaja masa untuk baca dan tadabbur Quran,tapi ianya diisi dengan borak?makan?
Allahuakbar.Rasa seperti masa masa yang dulu,aku tidak menjaganya dengan baik.Baru tahu masa itu sangat sangatlah berharga.Berharga untuk dihabiskan dengan Al Quran.
Minggu kedua ODOJ
Aiwah.Mulalah bangga,boleh satu hari,satu juz.
Penyakit datang!
Rasa dah bagus lah,rasa malas nak baca dan habiskan awal,dan akhirnya aku sendiri tak sempat untuk habiskan apabila diminta untuk report dalam group.
Apa sudah jadi?
Muhasabah.
Masanya untuk tajdid niat kembali.
Allahu.
Tekad lagi.
Usaha lagi.
Yang manisnya,saya dapat rasakan sesuatu ikatan ruh dalam diri.Sesibuk mana pun aku,mesti terdetik dalam hati;
"Ya Allah,aku tak sempat baca lagi ini"
"Lepas ini,habis kelas,tunggu lecture datang,baca Quran dulu"
Sungguh.Sebelum ini,ada ke aku rasa macam ni bila tak dapat baca Quran?
MasyaAllah.Rasa teruja.Semoga Allah membantu aku dan sahabat yng lain untuk sama sama membina ruh dalam diri.
Bila kita rasa selesa apa yang kita buat,kita cepat cepat kembali dan usaha agar niat kita sentiasa dijaga.
InsyaAllah,Allah akan bimbing kita.
Wahai sabahat sekalian,
Saya bukan nak habaq yang saya dah khatam,tetapi mahu kongsi apa yang saya rasa.
Odoj sangat baik!salah satu cara untuk kita sentiasa dekat dengan Al quran,rasa ohsem sebab dapat tahu apa yang Allah habaq kat kita.
Al Quran bukannya sebagai rujukan untuk kita sentiasa merujuk apa yng ada dalam kehidupan,tetapi Al Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan.
Jum like page Fb: One Day One Juz!