Saturday, 11 May 2013

Aku Geng Cinta Ibu Sedunia!Hoyeah

[Cinta]

Bila sebut cinta,ummu disini mengkhususkan cinta & sayang ummu pada mereka yang bergelar ibu/umi/mama.Apabila sebut mengenai mereka;mungkin jawapan yang sama kita hanya jawab.

"Mereka yang lahirkan kita"
"Syurga dibawah tapak kaki mereka"
"Mereka banyak berkorban untuk kita"

Jawapan itu tidak salah sama sekali.Namun disebalik akan cinta & sayang kita pada mereka,terfikir satu soalan ini.
Otak serius menganalisis.




Siapakah yang mencampakkan cinta dan kasih sayang itu ke dalam hati?
Siapakah yang mewujudkan rasa ihsan ke dalam hati ibu?

Disaat ummu bersyukur kerana masih mempunyai umi dan berterima kasih kepada umi,anakmu terlupa satu perkara yang besar untuk dibenihkan dalam kesyukuran itu.
Semestinya
Hakikatnya
Allah SWT!


DIA yang suburkan rasa cinta dan sayang itu dalam hati.
DIA yang wujudkan rasa ihsan dalam hati ibu


Ini bermakna apabila kita menyayangi dan merindui mereka,pada hakikat sebenarnya kita sedang merindui Allah yang bersifat Al-Rahman Al-Rahim & Al-Wadud.

Maka bertanyalah pada diri;

Bagaimana hubungan kita dengan Allah yang lebih menyayangi kita daripada ibubapa kita?
Bagaimana ketaatan kita pada Allah?
Bagaimana solat kita?

Allahu.Terlalu banyak 'bagaimana'.

Jadi,mari kita bangkit untuk membuat perubahan 'ini kalilah' untuk sekali gus menyayangi,mencintai dan berbakti kepada Allah,Rasulullah,ibu,ibu,ibu dan bapa kita.


*Teringat dalam pembacaan tulisan Ustaz Zamri  Mantop menceritakan mengenai kasih sayang*

2 comments: