Wednesday 12 June 2013

Perang Ikhwah & Akhowat?!

perang >.<


"Kenapa tak habaq kat ana?Tak pasal-pasal kelam kabut tadi."

"Ya,ana faham."

"Hah?apa yang enti faham??"Suara kuat.

"Eh,yang enta nak marah ana ni kenapa?"Menahan sabar ketika itu.

Melihat suasana yang agak tidak sesuai untuk 'berperang'.Terus keluar dari meja perbincangan itu.




"Ana tak marah,cuma ana tegas"

"Ouh.tapi tak payah lah nak naikkan suara cam gituh"*direct tidak berpuas hati

"Ana rasa biasa je ana cakap,pasal tadi,ana kelam kabut,kalau meeting antara ikhwah dan akhowat tak pa,tapi tadi melibatkan pak cik dan makcik,kalu boleh ana nak buat yang terbaik.Enti ni."

"Tahu pun nak buat yang terbaik! Ana dah inform awal2 kat enta dalam mesej,ada enta reply?
Bukan saje mesej tak respon,ana PM kat Fb,ada enta respon?nak kata tak de handset,canggih kottt!selama ni brpuluh-puluh mesej ana hantaq utk minta update,ada enta respon.??"

"Ana tahu lah,enta ni  ikhwah yang qowiyyyyyyyyyyyy,tak payahlah nak bajet dengan qowiy tuh boleh tak?,atas urusan kerja,organisasi,maka tiada masalah kan respon dengan akhowat.At least jawab ok.

"So,nak salahkan ana lah?Tak payahlah sebut qowiy2 tuh,yang enti garang semacam ni kenapa pulak?"

"Kata ana garang pulak dah?.Terus pergi dan bersiap-siap untuk pulang tanpa meneruskan bicara.



Hasil peperangan itu maka terjumpalah istilah ini.

Ikhwah bajet qowiy,akhowat garang.MasyaAllah.Inilah peperangan yang benar berlaku.Mengaku awal-awal.Namun,disini bukanlah membuka aib sesiapa malah untuk dijadikan iktibar antara sahabat ikhwah & akhowat terutamanya apabila kita bergerak dalam satu organisasi.
Ketawa kecil.

Inilah hasil perang,mungkin kata-kata yang keluar dari mulut,agak pedas.Manakan tidaknya dua-dua tidak mahu mengalah.Mahu perjuangkan hak masing-masing,maka tercetuslah peperangan.Ummu akui selepas peperangan itu berlaku,satu tekad untuk tidak mahu,malah serik untuk berurusan dengan golongan yang berlainan jantina.Fobia barangkali?!Peluh besar.Namun,kita hendaklah mempunyai sikap profesional dalam dalam diri.

Masalah yang tidak 'sekepala' atau tidak bersefahaman sering terjadi apabila berorganisasi.
Akhowat kata A.
Ikhwah kata B
maka hasilnya C.

 Disini,ana sendiri bukan untuk memenangkan mana-mana pihak.Tujuan ana ialah untuk melihat kembali apa berlaku dan mencari asbab kenapa boleh terjadinya 'perang' tersebut.
Maka,setelah muhasabah kembali akan peristiwa tersebut,dapatlah ummu simpulkan:

1.Kesilapan memilih perkataan ketika menegur

Kita dapat lihat,cara menegur ikhwah tersebut kurang efektif.

"Kenapa tak habaq kat ana?Tak pasal-pasal kelam kabut tadi."

Ayatnya seolah hendak menunding ke arah akhowat dengan mempersoalkan istilah 'kenapa'.Yelah,kadang-kadang,bagi kita tidak perasan,tapi dalam situasi di atas dalam keadaan baru lepas situasi kelam kabut.

Apapun,kita perbaiki kesilapan tuh.Kita tukar dan mulakan dengan satu perbincangan,bukan dengan satu persoalan.

Sangat berhikmah bukan?

2.Jangan menegur ketika emosi tidak menentu

Yes.Itulah kesimpulannya.Dapat kita lihat situasi di atas,ikhwah dan akhowat kurang berjaya mengawal emosi masing-masing sehingga menimbulkan situasi yang tegang antara dua pihak.

Semanis kurmanya,apabila ikhwah tengah situasi 'hot',yang akhowat kena jadi 'air sejuk'.Maka,tiadalah peperangan yang berlaku.Natijahnya sudah terbukti,emosi tidak dikawal terbabas.Bukan akal yang pandu percakapan atau perbuatan pada ketika itu sebaliknya nafsu amarah!


3.Elakkan guna ganti nama 'enta/ti,awak/kamu/dll/ terlalu kerap

Apabila kita kerap menggunakan 'Enti ni..' /'Enta ni',seolah-olah merendahkan diri yang ditegur itu.Maka semanis madunya,gunalah istilah 'kita' agar kesalahan ataupun teguran tersebut tampak adil.


4.Intonasi,nada & gaya mestilah santun

Semestinya,dalam komunikasi,kita lebih suka pendekatan yang menggunakan intonasi yang sederhana bukannya intonasi yang tinggi sehinggakan boleh mengguriskan hati orang lain.
Yes,semestinya akhowat itu bukanlah selembut dan secomel 'kak Ton',namun sebagai muslim itu sendiri kita diajar untuk menjaga akhlak bukan?

Apapun,kita guna intonasi,nada & gaya yang santun.InsyaAllah,menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Sangat berhikmah bukan?

5.Belajar memahami untuk difahami

Kita sering nak orang faham kita,tapi kita sendiri tidak cuba untuk memahami orang lain.Itulah egois namanya.
Masing-masing nak orang lain faham,akhirnya dua-dua tidak faham.
Asam garamnya,apabila berkerja mahupun bergerak dalam organisasi mesti ada ujiannya.

Mungkin dalam perbincangan mahupun meeting,ikhwah berpandangan sedikit berbanding akhowat.
Jangan risau,itu normal.

Mungkin akhowat nak kongsi masalah semua masalah dulu kemudian selesaikan berbanding ikhwah nak selesai masalah dengan cepat.
Jangan risau,itu normal.

Mungkin ikhwah selalu dan cepat lupa berbanding akhowat yang kuat ingatan berkaitan dengan emosi dan perasaan.
Jangan risau itu normal.

Mungkin ikhwah berkomunikasi terus berbanding akhowat komunikasii berbunga,bahasa menjaga hati.
Jangan risau,itu normal.

Mungkin akhowat  boleh berfkir dan berkerja serentak berbanding ikhwah berfikir dan bekerja satu demi satu.
Jangan risau,itu normal.

Mungkin akhowat banyak bicaranya berbanding ikhwah hanya senyap sahaja.
Jangan risau,itu normal.

Hakikatnya,itulah perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Dan masing-masing  kena faham ada perbezaannya.


Akhir sekali,seni dalam menegur ada dalam diri kira cuma jarang untuk diasah.
Ikhwah & akhowat,
tegur menegur adalah sifat yang mulia,jadi tiada masalah untuk kalian tegur sekiranya ada masalah ataupun sebarang ketidakpuasan hati apabila bergerak dalam satu organisasi.Namun,teguran itu mestilah berhikmah bukan?

Menegur secara berhikmah
Hikmah disini membawa erti bijaksana dan kita mestilah berusaha dengan sungguh-sungguh dalam menggunakan apa cara pun yang terbaik untuk menegur orang lain.Yang penting,niat kita.

Ikhlas.

Aspek tarbiyah  islamiyah juga amat mementingkan aspek akhlak.Dalam hadits:
"Pergauilah manusia dengan akhlak yang baik"

Selain itu juga,ikhwah & akhowat,pesanan untuk diri ummu sendiri juga;diantara hal yang paling dipentingakan oleh Ikhwanul Muslimin dari akhlak utama untuk ditanamkan dalam jiwa pengikutnya adalah,sabar.
Sabar yang dimaksudkan disini:
Baik sabar atas panjangnya jalan perjuangan,banyak onak dan durinya,banyak penghambat kerana ketakutan atau kerana keuntungan peribadi,maka:'berlebih-lebih dalam kesabaran itu adalah bekal dalam perjuangan'
(Memetik buku Tarbiyah Islamiyyah & Madrasah Hassan Al-Banna;Dr Yusuf Qardhawi,m/s:29)


Akhir dari ummu,

Teguran itu membina bukan meruntuhkan sama sekali !

010513

2 comments:

Muhammad Iqbal said...

Jadi seorang pemuda yang berilmu dan mengamalkan ilmu, itu yang lebih dihormati, berbanding beremosi.

Dalam pergaulan ikhwah dan akhawat perlu banyak memahami hakikat perbezaan lelaki dan perempuan, baru boleh berinteraksi secara professioanal, insya-Allah.

Maaf mencelah.^^

GRADE 11 said...

Na'am.

Ana setuju dengan ikhwah dan akhawat perlu banyak memahami hakikat perbezaan lelaki dan perempuan, baru boleh berinteraksi secara professioanal.
Itulah yang sepatutnya.
Jzakallah khair kathira.