Monday 15 April 2013

Hati seorang Ibu,tiada siapa yang tahu (3)




Satu persatu aku cuba bicarakan kepada umi.Umi tetap diam membisu.Kak long rasa kurang melaksanakan amanah sebagai anak perempuan;bagi umi tiada masalah,tapi suatu masa tuh,kak long rasa bersalah yang amat.



Semestinya tugas aku sebagai anak perempuan;seperti membantu umi memasak,mengemas rumah,membersihkan rumah & sewaktunya.

Bila kak long mula bercuti di rumah,ada sahaja program/aktiviti yang mengisi.Tapi itu bukan alasan kak long untuk tidak membantu ringankan kerja-kerja umi di rumah.
Kadang-kadang kak long nak tolong,umi kata :

“Pergilah.Pergilah program tuh”
“Ummat perlukan jiwa yang besar macam anak umi ni”

 Kak Long rasa serba salah juga pada umi. Masa cuti,itulah masa anak umi nak tolong,bantu umi kan?
Umi hanya tersenyum.Aku terus meluahkan di hadapan umi dengan tenang.
Banyak perkara aku ceritakan,namun perkongsian itu menyebabkan aku merasai betapa kasihnya seorang ibu mendengar luahan anak-anak.
Sabar,satu persatu seorang ibu mendengar.Allahuakbar.
Jawapan soalan itu masih aku menanti.

Luahan demi luahan,
Bab ini agak sensitif untuk disentuh bagi umiku,
Namun aku beranikan diri untuk mengatakannya
“Umi,izin tak kalau kalau anak umi khahwin masa belajar ni?”

Aku tahu jawapan umi apa sebab umi selalu pesan kepada aku.
Agak pening jugalah nak ambil fatwa yang mana kerana pandangan Abi sangat berbeza dengan umi.
*Alahai Ya Ummu Fayyad!*
Tapi nak juga tanya;kerana aku sentiasa yakin umi ada sebab tersendiri mengapa dia tidak beberapa suka  keputusan anaknya kahwin semasa belajar (tidak bermakna nak kahwin dalam masa terdekat)*jangan salah faham*

Ayat yang pertama keluar dari mulut umi:
“Alahai,gatainye anak umi”

Dan saat itu,aku ketawa terbahak-bahak dengan gaya sopan di hadapan umi.
Mungkin soalan yang aku ajukan itu mencuit hati umi ketika itu.

Namun,jauh sudut hatiku,aku menafsirkan jawapan umi dengan hikmah:

“Umi bukan tidak izinkan,Cuma aku wajib dan mesti tunaikan hak/tanggungjawab aku terlebih dahulu sebelum aku menerima amanah yang lebih besar ketika bergelar sebagai isteri ataupun ibu”

Sungguh,sebagai anak,aku tidak pernah terasa dengan kata-kata umi tadi.Malah,aku rasa tenang kerana akhirnya umi bersuara.Selalu juga, kadang-kadang aku bercoleteh nakal di hadapan umi  yang menyebabkan umi ketawa.
Jawapan selajutnya soalan itu biarlah menjadi rahsia buat aku dan umi.
Yang penting,aku berjanji pada diri sendiri selagi aku belum menyempurnakan tugas sebagai anak dengan baik,maka selagi itulah aku tidak bersedia untuk menerima amanah sebagai isteri.

Maka,ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu dalam menyempurnakan amanah dan tugas ku sebagai anak kepada kedua ibubapaku.Kau berikanlah aku kesempatan dalam membalas segala jasa & pengorbanan mereka.

Dan ingatlah wahai sahabat ku sekalian,

Tempat ibu & ayah adalah sangat tinggi di sisi Islam.Ia datang selepas ketaatan kepada Allah dan Rasulullah.Bezanya ketaatan kepada Allah  & Rasuluallah adalah ketaatan mutlak,manakala ketaatan kepada ibu & ayah ketaatan bersyarat.
Syaratnya ialah ketaatan yang tidak melanggar hak ketaaan Allah & Rasululllah,selebihnya tuntutan kedua mereka adalah wajib.

Anak yang soleh/hah merupakan nikmat buat kedua ibu bapa.:)
Teringat kata-kata SM Murabbi,biarlah kehidupan sibuk dengan program utk ummah,asalkan pandai bahagi masa.Ingat!Tanggungjawab bukan sahaja pada ummah,tetapi keluarga dan sahabat.Yang penting,tanggungjawab diri kamu.Sebagai penuntut ilmu.
Yeayh!Sentiasa mencuba untuk seimbangkan.Namun,biasalah ada yang terlebih dan terkurang.Tapi mestilah,kita cuba dan usaha.
Dan itulah salah satu usaha yang cuba aku kongsikan kepada kalian.
Usaha untuk perbaiki diriku sebagai anak dengan menanyakan soalan itu.Nampak soalan agak remeh,namun,jauh sudutnya soalan itu memberi seribu makna buat ibu.

Dekatilah Ibu
Selamilah hati Ibu.
Terngiang-ngiang bait-bait lagu ini:

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu


Persoalan itu,akhirnya tidak dijawab oleh umiku.Dan ia tidak bermakna aku bukan anak yang solehah pada pandangan dia.
Umiku hanya tersenyum dan mengatakan :
“Umi tahu anak umi tengah berusaha ke arah anak yang taat dan solehah”

Jawapan seorang ibu amat menenangkan bukan?
Kasih seorang ibu hingga ke syurga.


Yang merindui & menyintai Umi,
Anakmu,
Ummu Fayyad


2 comments:

Afiqahai said...

alahai ummu. :)
sejuk perut umi dan hati abi awak. moga bahagia sentiasa ya sahabati.

Anonymous said...

moga terus tsabit atas jalan ini ye teaah.

luv u lillah :)