Sunday, 16 June 2013

Tugas memanusiakan manusia,bukan merobotkan manusia!Woho.

Kualiti.Kualiti.

Itu yang menjadi hebahan dalam perhimpunan tadi.
Untuk menjadi mahasiswa/siswi pendidik yang berkualiti mestilah pada tingginya pointer.Itu sahaja kah?





Terkilan sedikit,
kualiti yang berdasarkan aspek pointer menjadi hebahan.
Allahu.
Namun,aspek kualiti itu mestilah menyeluruh.
Bukan sahaja pada pointer,malah pada seluruh aspek.

Sangat bersetuju dengan pandangan mereka ini :
Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) yang diadakan di Kompleks Karangkraf, dekat sini malam tadi.(15 Jun 2013).

Forum malam tadi menampilkan tiga panelis iaitu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik, yang juga aktivis masyarakat, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Dr Harlina Siraj yang juga pendakwah bebas dan penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya' Hasrizal Jamil yang juga penceramah bebas manakala moderatornya ialah pengarah eksekutif TFTN, Anas Alam Faizli.


 Matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan 'robot pintar' sebaliknya pendidikan berperanan 'memanusiakan manusia'.

Bagi mencapai matlamat ini, pendidikan seharusnya menjadikan cinta sebagai asas kerana cinta diyakini mampu memberikan kekuatan kepada manusia untuk saling memberi.

Seperti mutiara kata dari cendiakawan Hamka,
'Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan'.

Dr Maszlee pula berpandangan, pendidikan hari ini terlalu dikomersilkan sehingga melahirkan pelajar yang meminta-minta pekerjaan.

"Sistem pendidikan sekarang yang dirosakkan oleh politik dan komersil melemahkan pelajar sehingga melahirkan graduan yang meminta-minta pekerjaan, bukan mencipta peluang pekerjaan," katanya.

Sangat bersetuju dengan pandangan Dr Harlina,:
 pendidikan bukan hanya bergantung kepada berapa 'A' yang diperoleh dalam peperiksaan tetapi harus menekankan lima aspek iaitu akidah, akhlak, aqliah, jasmaniah dan insaniah.

Keseluruhan,tekadnya aku,
aku bercita-cita untuk menjadi pendidik,bukan mahu dikejar-kejarkan untuk menjadi guru.
Jaminan  posting itu hak kementerian,tunjukkan kita mahasiswa/siwi yang kualiti dengan rasionalnya,tenang dan tabah dalam menghadapi situasi yang tegang,bukannya dengan menghentam membabi buta mana-mana pihak.


Sumber:
Harakah.daily net

4 comments:

زليخا said...

assalam ummu. apa khabar?? lama x dgr crita. sye suke awak punye kata2 kat blog ni.. yg "ku menulis..blabla.." hewhew.awak ada twitter? klu ada sye nak follow

Muhammad Adam bin Roslan said...

Tahniah sebab dapat pencerahan sebegitu.. teruskan menuntut ilmu dan moga2 tercapai cita2 mu :)

GRADE 11 said...

ukthi Iqa:
Alhamdulillah,ummu sihat.
ada.followlah ye
Ummu Fayyad

GRADE 11 said...

bro Adam:
Amin.Mudahan.i'Allah.