Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

20 tahun yang membina dan menghidupkan ruh dan jiwa!



Bina!
Bina!
Bina!

Hidup!Hidup!Hidup!

Fasa membina dan menghidupkan  ruh dan jiwa.
Alhamdulillah.
Kini proses binaan dan hidupkan ruh dan jiwa kini sudah 20 tahun.
Merasakan diri ini sungguh berstylo sekarang~
Kini lebih berstylo untuk memegang kata-kata ini:






Meniti usia dewasa menjadikan saya semakin memahami rentak kehidupannya.
Semakin matang umur dan pemikiran, semakin itu kita faham soal tanggung jawab dan peranan.
Akhirnya setiap detik kehidupan kita jadi lebih bermakna.


Inilah kehidupan. Yang pasti selepas destinasi ini kita akan berhenti pula di satu stesen yang bernama kematian.
Persoalannya, adakah perjalanan kita di destinasi kehidupan bakal sarat membawa timbunan amal yang disaluti ikhlas kepada Tuhan?
Cukup terbelakah agama selama mana hidup di dunia?
Sempurnakah sudah bimbingan yang diberikan kepada keluarga dan ummat seluruhnya?

Hakikatnya amatlah berat menggalas tugas nabi dan Rasul terdahulu sehinggakan menitis airmata mengenang diri yang masih tidak bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang bakal di tanya oleh yang Maha Kuasa.
Hatta amanah kelimuan di madrasah universiti masih belum melayakkan diri memegang skrol keilmuan yang sebenarnya semakin berat untuk dijinjing.
Merasai beratnya untuk memanusiakan manusia.Allahu.

Semoga muhasabah diri di hari lahir ini akan dijadikan sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang hidup.

Terima kasih buat supermurabbi,Abi dan Umi kerana mereka banyak memberi dorongan,galakan dan tunjuk ajar untuk proses membina dan menghidupkan ruh dan jiwa saya.

Terima kasih Allah kerana memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri sebelum bertemu MU nanti!

Doakan saya agar Allah memakbulkan cita-cita saya untuk membina satu agenda ummah tahun depan!
InsyaAllah.