Wednesday, 29 July 2015

#2Diari Pendidik

Bismillah.

Dulu,
Aku fikir tugas guru hanya masuk kelas dan mengajar tetapi hakikatnya
Kini,
Apabila aku dilatih menjadi seorang guru,rupanya bukan sekadar itu sahaja
Tetapi ianya lebih daripada mengajar.


Hari hari datang ke sekolah
Menunaikan amanah

Hari hari datang ke sekolah
Membawa jiwa penuh rahmah

Hari hari datang menyampaikan ilmu
Dengan harapan murid bermutu

Hari hari datang menyampaikan ilmu
Agar jiwa murid sentiasa baru


Hari hari perlu menulis,merancang pengajaran dan pembelajaran murid,
Baru ku tahu rutin seorang guru guru dahulu yang pernah mengajar selama ini

Guru lah orang yang sentiasa berfikir untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa berlakon baik untuk mendidik
Guru lah orang yang sentiasa memastikan kita jadi lebih baik
Guru lah orang yang sentiasa berusaha untuk memudahkan kita
Guru lah orang yang sentiasa meluangkan masa dan tenaga untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa bermurah hati untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa gembira melihat kita berjaya
Guru lah orang yang sentiasa membantu kita
Guru lah orang yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita

Segalanya yang baik untuk kita.
Kita ialah hasil daripada guru kita selama ini.
Bersyukurlah kerana kita berjaya di dunia ini,
Mudahan berjaya juga diakhirat sana!

Terima kasih wahai guru terchenta yang mengajar diri ini selama ini!






Location: SK Mentera Jalan Cabang Tiga Haji Kassim Kota Bharu

Related Posts:

  • Travelog MuallimTempatnya biasa,sederhana,namun hanya Allah yg tahu betapa luar biasanya tempat ini. Pandanganya biasa untuk manusia. Namun,ianya penuh dengan malaika… Read More
  • Travelog Muallim #3Dunia kini makin parah, Penghukum jiwa tak berdosa, Kerana pangkat,harta dan wanita, Perihal agama terus dilupa. (Parahnya Dunia;Azhar Hilmi) Parahnya… Read More
  • #1Diari PendidikBismillah. Bukan mudah untuk mendidik Tidak semudah kamu menyebut satu dua dan tiga Tidak semudah kamu mengeja ا،ب dan ت Yakinlah kamu berada dal… Read More
  • Warkah Buat Sahabat satu malam itu tersedar dengan mimpi indah satu peristiwa yang menyebabkan saya merindui saya titipkan satu warkah;tapi tidak kesampaian pada mereka… Read More
  • #2Diari PendidikBismillah.Dulu,Aku fikir tugas guru hanya masuk kelas dan mengajar tetapi hakikatnyaKini,Apabila aku dilatih menjadi seorang guru,rupanya bukan sekada… Read More

0 comments: