Wednesday 29 January 2014

Menangis kah?

Menangis.

Mungkin sebahagian orang mudah untuknya mengalirkan airmata,
Mungkin sebahagian orang sukar untuknya mengalirkan airmata.

Peristiwa Dulu,
Teringat ketika aku berumur 14 tahun bersekolah di SMKA Tun Ahmad Zaidi,Sarawak.Aku memasuki Pertandingan Tazkirah.
Ketika rancak menyampaikannya,aku menangis.
Ketika menyampaikannya,aku merasakan bahawa ianya sangat sangat menyentuh hati kecil ini
Para penonton semua menumpukan perhatian.
Senyap.
Ustaz yang ada di meja hakim memberi isyarat untuk meneruskan.
Namun,
Aku tidak dapat meneruskannya lagi.
Dan aku meninggalkan pentas begitu sahaja,tanpa menghabiskannya.


Masa Penyampaian Hadiah.
Diumumkan pemenangnya,dan ianya adalah Aku.
Bagaimana boleh menang?
Aku tertanya tanya kenapa aku?
Padahal ada yang hebat dari segi isinya,penyampainnya.

Pesan Ustaz Hadi 

"Fatihah, kamu menyedarkan akan ustaz ketika itu akan satu perkara: "kebahagiaan yang sebenar ialah apabila kita berjaya menyentuh hati kita sendiri.Kamu ada sesuatu yang orang lain tiada pada malam itu" 


Menangis kah?

Kaji balik asbab mengapa aku masuk pertandingan tersebut.
Ianya untuk diri sendiri,bukan nak menang.
Disitu,niat yang baik.
Bila niat baik,insyaAllah Allah akan memberikan kesan yang dalam buat diri kamu.






0 comments: