Wednesday, 15 May 2013

140513!

Dulu,satu persatu aku titipkan satu misi
Misi dalam kehidupan berjiwa hamba.
Misi dalam kehidupan berjiwa daie.
Segala-galanya ada pada buku misi itu.



Dulu,aku menulis dengan harapan semoga aku berjaya melaksanakannya.
Aku menulis untuk pelbagai misi.
Misi yang akan membentuk & membina diri aku.
Misi untuk dakwah & tarbiyah.
Misi untuk ibubapa.
Misi untuk adik-adik
Misi untuk pelajaranku
Misi untuk sahabat

Kini aku membacanya kembali,
Menilai setiap perlaksanaanya
Adakah aku berjaya dalam melaksanakan misi tersebut?

Di saat aku menulis ini,aku ingin menyatakan pada kalian yang aku berusaha untuk mencapainya
Namun aku terkilan pada misi untuk sahabat
Aku gagal dalam misi untuk sahabat
Aku gagal dalam menjadi sahabat yang baik buat sahabat-sahabat aku selama ini.

Ketahuilah kalian
Aku sangat kecewa dengan diri aku
Namun,pada tarikh itu,bersama kalian,
140513
Selepas Maghrib.

Ketika aku hendak solat jemaah bersama kalian,berdebar-debar jiwa aku.Terfikir-fikir,bagaimanakah aku untuk memohon maaf kepada kalian.Kuatkah aku?

Tatkala selepas solat,dengan izin Allah aku meminta kalian masa 2 minit.
Maka berbulatanlah kita semua.

Wajah itu,wajah sahabat-sahabat aku,aku panggil dan lihat satu persatu wajah mereka.Tatkala aku baru mula membuka mulut,aku dapat rasakan yang mata aku cuba untuk mengeluarkan air mata.Aku sedaya upaya untuk memulakan sesuatu.

"Bimilllah,Pertama kalinya,aku meminta maaf kepada kalian,selama kita bersahabat,selama 3 tahun ini,aku gagal menjadi sahabat yang baik untuk kalian.Seperti kalian tahu,sahabat yang baik akan sentiasa membawa hati kalian kepada Allah,

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati"

apabila kita melihat wajah sahabat,kita akan ingat pada Allah,tetapi pada aku,aku merasakan yang aku gagal membawa kalian kepada Allah.

Aku malu dan tak mampu menjadi orang yang pertama untuk sentiasa bawa kalian untuk duduk sebentar,dan kita sama-sama bina kekuatan diri
Aku malu untuk  mengajak kalian untuk sama-sama berhibur dengan kalam Allah.

Dan itulah kegagalanku,
Namun,insyaAllah,tidak bermakna kegagalan ini aku akan putus asa untuk menjadi sahabat yang baik untuk kalian
Kegagalan ini sungguh mengajar aku akan satu permulaan
Yes.Inilah aku:Fatihah.
Pembukaan.
InsyaAllah,menjadi orang yang sentiasa memulakan sesuatu yang seiring dengan makna namaku

Buat sahabat-sahabatku,
Aku diajar untuk sangat menjaga ukhuwah
maka aku titipkan post ini buat diriku
terima kasih atas segala-galanya wahai sahabat.
Sungguh,aku cinta kalian kerana Allah.
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya.

Misi:Carilah sahabat seberapa yang banyak yang boleh membantu akhiratmu!Jum!


0 comments: