Sunday, 17 March 2013

Saturday, 9 March 2013

Hati seorang ibu,tiada siapa yang tahu (2)



Amin Ya Rabb


Umi tetap menangis. Ketika itu aku hanya mampu melihat dan menangis juga. Betapa dosanya aku;seolah-olah aku banyak dosa terhadap umi.

Aku biarkan umi mengalirkan titisan air mata kerana itulah kali pertama aku melihat dia menangis di hadapan aku setelah 20 tahun. Selama ini,aku hanya melihat apabila umi sudah pun menangis seorang diri. Aku boleh kesan,mata umi merah,suara umi lain.Litar fikiran mengingat kembali:

“Umi,umi ok tak?Umi nangis ye?”
“Takla.Masuk habuk”

Thursday, 7 March 2013

Hati seorang Ibu,tiada siapa yang tahu


 “Umi,Adakah Along anak solehah?”
Soalan di ajukan dengan nada lembut.Seusai solat berdua dengan umi.Aku memeluk dan mencium pipi umiku selepas berzikir.Rasa sungguh jarang kami solat berdua begini.Kebiasaanya berjemaah dengan ramai.

Terdiam.Diam seorang ibu tatkala anak sulungnya bertanya soalan sebegitu.

Aku hanya mampu  melihat wajah umi yang berdiam diri.Dan sangat-sangat menantikan jawapannya.Sudah lama aku pendam soalan itu.Saat itu,selepas kami solat berjemaah,aku didatangi dengan satu keyakinan ketika aku membaca doa untuk kedua ibu bapa untuk bertanya kepada umi.Gentar pula hatiku ketika mendoakan doa ini & umi mengaminkan doa ini;

Tuesday, 29 January 2013

Warkah Buat Sahabat



satu malam itu tersedar dengan mimpi indah
satu peristiwa yang menyebabkan saya merindui
saya titipkan satu warkah;tapi tidak kesampaian pada mereka
jadi dengan rasa cintanya;kasihnya untuk mereka
saya sangat menyayangi mereka kerana Allah
mngkin kita jarang bertemu mata;
jarang bertanya khabar;
tapi hati saya tetap mengingati mereka
saya tahu mereka turut menyayangi saya
tiada perkara lain yang dapat saya beri kecuali dengan doa




Buat sahabat-sahabat saya yang berada dimana pun anda berada,ketahuilah tanpa sahabat sekalian,
Saya bukan seperti ini
Saya bukan haybat
Saya bukan berani
Namun,ada nya insan-insan yang menggelarkan dirinya sahabat menjadi kan saya  seadanya,saya berasa sempurna bersama mereka,
Mereka sudah mengikat hati saya
Mereka sudah menjadikan jiwa saya bersama mereka

Bila dilamar perpisahan
Saat itu saya terasa paling kecewa
Paling sedih
Tertanya-tanya mengapa saya keluar dari kelompok mereka
Tertanya-tanya mengapa Allah menguji saya
Lama hati saya untuk kembali pulih
Kerna hati saya terasa

Kalian mengajar saya untuk bersahabat
Kalian mengajar saya untuk bersabar
Kalian mengajar saya segalanya
Kalian membina saya atas talian ukhuwah
Ukhuwah yang berlandaskan redha Allah
Kalian titipkan untuk mengutamakan sahabat
Ketahuilah;kalian CINTA PERTAMA ku.




Wednesday, 23 January 2013

Zikir Rindu





Kita kata kita cinta pada Rasuluallah;
cinta bagaimanakah?

cinta bukan hanya ungkapan manis di bibir tetapi ianya ada pada hati kamu.
Biarlah cinta itu dibuktikan seiring sehaluan dengan amal mahupun amal kamu

Pelbagai versi zikir-zikir rindu dialunkan;antarnya nasyid;selawat serta qasidah
sedap didengar
best muziknya
tetapi ianya bukan untuk hidangan telinga untuk didengar sahaja
malah pada hati kamu

Thursday, 3 January 2013

*Nilai seorang Mahasiswa*



Mahasiswa yang berumur 20-an telah memiliki duah buah rumah banglo.Simpanannya melebihi kadar  gaji seorang Profesor.

Kalian pasti terkejut dengan ‘statement’ di atas.Adakah wujud mahasiswa sebegitu?

Hakikatnya,pada pandangan halus  anda pasti tiada mahasiswa seumur anda sebegitu.Tetapi yakinlah ada 0.01% dalam kalangan mahasiswa sebegitu.Dan ummu sendiri pernah berjumpa orang ini.Allahu.Sungguh hebat mahasiswa ni mengatur kewangannya;dia bukanlah dari kalangan keluarga yang berada namun atas sikap dirinya yang sentiasa cermat dan bermatlamat dalam mengatur kewangan kehidupan seharian.Benarlah kata-kata ini:


“Sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit”


(kredit)
MAHASISWA=MISKIN

Hakikatnya;tahap kewangan mahasiswa ialah kadar miskin?Kenapa miskin?Kita belum mempunyai gaji yang tetap apatah lagi segala perbelanjaan kita di IPT/IPTA/IPTS/IPG di tanggung oleh ibubapa kita malah ada yang mendapat elaun dan biasiswa.

Namun,adakah anda sudah mempunyai bajet kewangan sebagai mahasiswa?

“Apa barang men bajet ni wei”
“Bajet?Watpe?duit ada je ni.PTPTN/FAMA/BIASISWA/ELAUN Kan ada?”

Pelbagai jawapan yang ada apabila ditanyakan pada mahasiwa/siswi.Semunya memberikan jawapan yang senang dan amat mudah mereka.Namun,terfikirkah kita untuk mempunyai kewangan hasil tabungan/usaha kita sendiri?
Mesti mahu bukan??
Sedarlah mahasiswa/siswi sekalian,sikap kita yang bersenang-senang dan tidak bermatlamat dalam kewangan menjadikan kita ‘pengemis’.

Sikit-sikit call/sms mak ayah nak duit;padahal baru sahaja mereka kasi wang pada bulan ini.
Sikit-sikit pegi tempat ATM nak keluar duit.
Sikit-sikit muram ,tak seronok sebab tiada duit.
Sikit-sikit kecoh elaun tak masuk lagi.


REALITI MAHASISWA/SISWI
 SUKA BERMEWAH

Berlagak mewah lah sangat;
handset nak ‘brand’ ,
baju nak berjenama,
kasut nak berjenama,
beg nak berjenama,
Wohoa!Semua nak bercap jenama mahal kot;tak main pasar malam punya;low class kot.
Hello!Duit sapa hang pakai ?
Keje pun takdok lagi;macam semut yang saiz S nak pakai saiz xxL.Puiih~


Pergh~Pedas sangat bagi yang terasa.Namun itulah hakikat yang terjadi pada sikap mahasiswa/siswi.Contohnya yang sangat dekat;telefon bimbit aka handset.Kadang-kadang Profesor /pensyarah pakai yang biasa-biasa sahaja,tengok mahasiswa/siswi,Allahu.Sangat canggih dan mahal.Takkah membazir?


Ummu tahu;ada yang guna duit sendiri*hasil gaji kerja dimana-mana* untuk membelinya,tetapi kadang-kadang sikap kita yang suka berlebihan dan berbelanja mengikut kehendak diri bukan keperluan diri kita.Kita masih lagi belajar apatah lagi belum kerja.Duit itu boleh digunakan banyak perkara.Sebab itulah kita memerlukan bajet;untuk membantu kita dalam  menggunakan wang dengan sebaiknya dan tidak mustahil dalam akaun simpanan kita terdapat banyak wang dan mampu memiliki sebuah rumah pada usia muda.

Semuanya bermula dengan sikap kita.

Ummu sendiri mula membajet secara serius pada tahun lepas;dengan elaun daripada IPG setiap bulan *(syukur ada elaun)*setelah sedar dan makin sedar setelah menjumpai hamba Allah sebegitu bahawa aku pun boleh menjadi seorang mahasiswa yang bijak dalam mengatur kewangan kehidupan sendiri;apatah lagi kita sudah memegang wang/duit sendiri.


BELAJAR DARIPADA KESILAPAN;TERIMA NASIHAT
Alhamdulillah,dengan perancangan bajet itu;menyebabkan kehendak diri ummu mula memuncak apabila tekad membeli sebuah Samsung Tab II.*Percaya atau tidak?Itulah reality seorang apabila terlalu memikirkan kehendak diri.Akhir sekali,Allah selamatkan wang-wang itu melalui teguran sangMurabbi.

“Anakku,mana keperluan yang utama?”
Pank~Satu tamparan pada wajah ini dengan soalan begitu.Selain membajet,Pertama:kita kena ada matlamat yang jelas dalam membajet.Kedua: Mesti faham apa kehendak dan keperluan diri sebagai student yang bergelar Mahasiswi.

Before ummu menerangkan apa yang perlu kita buat;

APA ITU BAJET?
Mengikut Buku POWER:"[Pengurusan Wang Ringgit Anda]


Bajet adalah suatu pelan mengurus aliran tunai dan digunakan untuk membuat anggaram pendapatan dan perbelanjaan anda di masa hadapan.

Secara ringkasnya,bajet menyenaraikan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangkakan untuk membantu anda membuat keputusan kewangan secara berhemat.

KENAPA ANDA PERLUKAN BAJET?
Berapa kalikah anda telah membuat pengeluaran daripada mesin ATM tanpa menyedari bahawa anda telah menggunakan kesemua wang anda dalam tempoh sehari dua?Lazimnya agak sukar untuk kita mengingat kembali kemanakah wang itu dibelanjakan.Kebiasaanya ramai orang tidak menjejaki perbelanjaan dan berbelanja lebih daripada  pendapatan/kemampuan mereka.Itulah sebabnya bajet adalah penting.


KELEBIHAN MEMPUNYAI BAJET
1.Hidup mengikut kemampuan
2.Memupuk tabiat menabung
3.Menabung untuk kecemasan kewangan
4.Belajar berdikari
*banyak lagi*

HIDUP MENGIKUT KEMAMPUAN
“Ukur baju pada badan sendiri”
Ingat,bajet adalah berdasarkan jumlah yang anda terima spt elaun/biasiswa/PTPTN dan perbelanjaan.Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan berbeza mengikut individu maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
Jadi,bagaimanakah cara kita membezakan antara keperluan dan kehendak?
Keperluan adalah sesuatu yang kita perlu ada  dan tidak boleh hidup tanpanya.Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu.
Contohnya:

Keperluan
kehendak
makanan
Makan di restoran mewah
Pakaian
Pakaian berjenama

Jadi fikir-fikirkanlah apa keperluan dan kehendak anda dengan baik.ok?

MENANGGUH KEHENDAK
Bermaksud:
Menangguh keiginan kita ke suatu masa lain.

Setiap kali kita hendak membeli sesuatu terutama jika ianya suatu kehendak,fikirkan terlebih dahulu sama ada kehendak tersebut ada di dalam bajet kita.

Hiduplah mengikut kemampuan kita sebagai mahasiswa.Nilai mahasiswa bukan sahaja pada bijak dalam pembelajarannya malah dalam mengurus kewangannya sendiri.

Berbelanjalah dengan bijak dan cermat.Kejayaan bajet ini bergantung pada diri sendiri.Apabila kita terdesak ingin membeli sesuatu,tunggu seketika dan tanyalah diri anda.

-Adakah saya mampu beli?
-Adakah saya memerlukannya?
-Adakah terdapat yang lebih murah?
-Bolehkan saya menangguh pembeliannya?


MAHASISWA = DAIE


Semestinya mahasiswa yang berjiwa daie,kita dilatih dalam Muwasafat Tarbiyah;salah satunya:
Qodirun ‘alal Kasbi yakni Memiliki kemampuan usaha sendiri(berdikari) salah satu cirinya ialah dengan membuat simpanan walaupun sedikit.

Jadi,amatlah bergaya daie itu pandai dan bijak menyimpan serta menabung walaupun sedikit begitu juga dalam DnT;kita memberi sekadar apa yang kita mampu.:)

"Sesungguhnya kerja mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. DimudahkanNya bagi sesiapa yang ada kebaikan dalam hatinya. tugas ini satu penghormatan dan bukannya bebanan."
(Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah)

Akhir kalam,bajet kita mestilah logik dan sesuai dengan kedudukan serta kemampuan kita sebagai mahasiswa.Syukur,Alhamdulillah bagi mereka yang dalam kalangan keluarga berada begitu juga bagi mereka yang biasa-biasa sahaja namun perancangan bajet itu sangatlah penting.

Ada juga mahasiswa/siswi yang terlibat dengan niaga kecil-kecilan atau join Herbalife sepertinya namun jangan disebabkan kerana niat kita hanya untuk mendapatkan wang;sia-sia sahaja.Niatlah dengan baik,mudahan Allah membantu kita.Duit yang banyak sekalipun sekiranya tidak ada perancangan bajet maka ia akan mudah habis/lesap begitu sahaja.

Akhir kalam*last*;

Kematangan seorang mahasiswa bukanlah diukur pada umurnya tetapi cara mereka mengurus kehidupan mereka dengan sistematik serta menyelesaikan sesuatu perkara dengan telus

Hidup mengikut bajet tidak bermakna kita terpaksa mengorbankan segala kemewahan.Kita perlu Cuma merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi dan tabiat berbelanja kita

Ummu bukanlah orang yang pakar dalam bidang kewangan;namun sekurang-kurangnya kita boleh  belajar mengurus kewangan kita sendiri malah boleh melatih diri ini mengurus kewangan keluarga suatu hari nanti*wink*peace*

Sekian,
Mahasiswi Muda UF 2013
IPGKKB



Monday, 14 May 2012

Untuk Manusia

Janganlah sangka orang yang bermaksiat itu sahaja diuji,
Jangan ingat bila mereka bermaksiat itu, syaitan telah berjaya menipu mereka.

Ada saja sebahagian daripada mereka itu adalah orang yang jahil dan tidak tahu apa yang mereka buat itu adalah dosa.
Ada saja sebahagian daripada mereka itu adalah orang yang diajar agama secara buta, tetapi tidak dididik imannya.

Itu kira ok. Sebab mereka tidak tahu dan mereka diajar pun begitu.
Tetapi tahukah apa yang lebih teruk daripada itu?

Yang lebih teruk dari semua itu adalah, orang baik, lahir daripada didikan yang baik, tetapi bermaksiat dengan kebaikannya !

Tertipu dengan kebaikan sendiri. Kebaikan yang asalnya jadi saham ke syurga, tetapi menjadi tiket ke neraka.

Janganlah sangka bila kita sudah baik, buat yang baik, hidup pun baik-baik, masalah kita sudah selesai. Tak. Kalau yang buat maksiat kerana kejahilan dirinya itupun diuji, maka yang buat baik itu bahkan diuji lebih lagi kerana ilmu dan kefahaman yang ada padanya.


#Nota untuk manusia#