Thursday 7 March 2013

Hati seorang Ibu,tiada siapa yang tahu


 “Umi,Adakah Along anak solehah?”
Soalan di ajukan dengan nada lembut.Seusai solat berdua dengan umi.Aku memeluk dan mencium pipi umiku selepas berzikir.Rasa sungguh jarang kami solat berdua begini.Kebiasaanya berjemaah dengan ramai.

Terdiam.Diam seorang ibu tatkala anak sulungnya bertanya soalan sebegitu.

Aku hanya mampu  melihat wajah umi yang berdiam diri.Dan sangat-sangat menantikan jawapannya.Sudah lama aku pendam soalan itu.Saat itu,selepas kami solat berjemaah,aku didatangi dengan satu keyakinan ketika aku membaca doa untuk kedua ibu bapa untuk bertanya kepada umi.Gentar pula hatiku ketika mendoakan doa ini & umi mengaminkan doa ini;



Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Aku mengulangi 3 kali doa ini.Terasa beratnya dosa aku ketika itu.

Jauh sudut hati aku,aku masih belum menjadi anak yang solehah untuk Abi dan Umi.Banyak perkara yang menghantui aku.Kadang-kadang,aku cuai dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak.

“Umi,apapun jawapan umi,maafkan Kak Long.Maafkan Kak Long.”
Bisik hati ku.Hanya mengulang perkataan Maaf.
Menanti dengan tenang dan hanya meletakkan kepala di atas pangkuan umi.Allah.Indah sangat rasanya bersama umi ketika itu.

Menunggu dengan tenang,akhirnya,titisan air gugur pada wajah aku.Lantas,aku bangun dan memandang wajah suci umi.

Saat itu,aku melihat wajah suci seorang ibu dilinangi dengan titisan air mata.

Ya Allah.Apa telah aku lakukan?


“Umi.Umi.Umi janganlah menangis,kenapa umi nangis?”
Aku merasakan air sudah bertakung dalam mataku.
Dalam hatiku,berapa kalikah umi menangis mengenangkan kelakuan anak-anaknya?”

Selama ini,seorang ibu boleh riang bersama kita.
Selama ini,seorang ibu boleh ketawa bersama kita.
Selama ini,seorang ibu boleh berlawak dengan kita.

Tetapi,adakah pernah menangis di hadapan kita?
Sungguh.Aku yakin ttisan air mata itu sering keluar.

Air mata umi memberikan seribu jawapan untuk satu soalan aku itu.

Aku  terus memeluk tubuh wanita yang banyak berkorban,yang banyak berjasa,banyak mendoakan aku sehingga kini.Aku hanya berkata:

“Umi,maafkan Kak Long,Kak Long tahu,Kak Long belum mencapai tahap anak solehah buat umi.Umi,Kaklong
sayang
Sayang
Sayang
Sayang
Umi.

Esakan  demi esakan tangisan untuk aku katakan betapa sayangnya aku pada umi.Hanya mampu memujuk umi dengan cara itu.

Umi masih berdiam diri.

Dalam hati aku sebagai anak,resah sebenarnya.
Di saat itu,baru aku merasai aku sangat bergantung pada talian kasih Allah.
Titipan doa ini bermain dan berpusing dalam doaku.

“YA ALLAH,JADIKANLAH AKU ANAK YANG SOLEHAH LAGI DIREDHAI.ANAK YANG MENCINTAI IBUBAPA DAN DICINTAI IBUBAPA”

wajah ini menangis di hadapan aku;hati ku tersentuh

Adakah umi terus berdiam diri tatkala aku menanyakan satu soalan itu?
Apakah yang  aku lakukan pada saat itu?


insyaAllah,akan ummu sambung.
*perlu aulakan tugasan yang utama*


0 comments: