Murabbiah dengan panggilan Umi hanya tersenyum melihat gelagat mereka.Al-maklumlah usrah mereka kali ini berada di rumah Umi.
Seorang daripada mereka memulakan .
Basmallah.Al-Fatihah.
“Alhamdulillah,syukur kepada Allah,Allah masih beri peluang kepada kita untuk duduk dan sama-sama menghidupkan jiwa dan roh kita.InsyaAllah”
Semua senyum dan angguk.Sungguh lama mereka tidak berbulatan kerana masing-masing komitmen dengan aktiviti di kampus.
“Pertama kalinya,pertemuan kita kali ini mudahan menjadi pertemuan yang menguatkan kembali jiwa-jiwa kita yang lemah.Mungkin selama ini kita sibuk melaksana program di kampus,kita buat program untuk membina jiwa mereka tetapi hinggakan diri kita sendiri tidak terbina jiwanya.Mungkin selama kita sibuk melaksanakan program,kita lupa untuk menjaga amal-amal kita.Mungkin kita mengharapkan program kita berjaya sepenuhnya sehinggakan lupa apa yang sepatutnya kita beri harapan.”Ringkas.Antara intipati tazkirah salah seorang daripada mereka.
Bukan mudah untuk mudah
Itulah yang boleh disimpulkan untuk membina jiwa manusia.Bukan sahaja untuk dibina malah untuk ditiupkan agar sentiasa hidup dan menggerakkan jiwa yang lain.Proses binaan jiwa manusia sememangnya bukan kerja mudah.Kenapa perlu bina jiwa manusia?
Kerana kita manusia,maka mahu dibina jiwa manusia bukan jiwa robot.
Contohnya,untuk bina bangunan yang kukuh,perlu seliaan yang teliti bukan?.Bukan sekadar bina dan biarkan begitu sahaja malah perlu untuk di selia agar binaan yang dibina sentiasa dalam keadaaan baik.Begitu juga dengan jiwa manusia,memerlukan rawatan yang boleh menghidupkan hati.
Na’am.Yakinlah.
Bulatan itu (usrah)salah satu rawatan untuk menghidupkan hati.
Bulatan itu (usrah)salah satu rawatan untuk membina jiwa dan roh.
Dengan izin Allah,insyaAllah.
2 comments:
usrah best.bole share nasihat2. luahan hati.
na'am.salah satu tempat curHat,malah tempat untuk membina iman.:)
Post a Comment