Saturday 9 March 2013

Hati seorang ibu,tiada siapa yang tahu (2)



Amin Ya Rabb


Umi tetap menangis. Ketika itu aku hanya mampu melihat dan menangis juga. Betapa dosanya aku;seolah-olah aku banyak dosa terhadap umi.

Aku biarkan umi mengalirkan titisan air mata kerana itulah kali pertama aku melihat dia menangis di hadapan aku setelah 20 tahun. Selama ini,aku hanya melihat apabila umi sudah pun menangis seorang diri. Aku boleh kesan,mata umi merah,suara umi lain.Litar fikiran mengingat kembali:

“Umi,umi ok tak?Umi nangis ye?”
“Takla.Masuk habuk”



Well.Itu skrip dah lama tetapi masih umi guna.Umi,di hadapan anakmu ini,tak boleh tipu.

“Takde apalah Kak Long,I’Allah tiada apa”

Aku hanya senyum.
Aku tahu umi banyak merasai keperitan.
Umi banyak bersabar.
Umi banyak berkorban untuk kami.

Keperitan membesarkan kami;7 anaknya
Setiap orang ada fi’ilnya apatah lagi semuanya semakin membesar ke arah alam dewasa

Jauh sudut aku:aku hanya mampu katakan

“Umi,kak Long sentiasa sedia utk umi kongsi & luah perasaan seorang ibu”

Tapi,apakan daya.Hanya berbicara dalam hati.Umiku sukar meluahkan kepada anaknya.Baginya,susah dan payah itu biar dirinya,seorang ibu yang tanggung.
Hebatnya umi.
Mulianya umi.


Jauh di sudut hati aku ketika itu.Itulah Ihsan seorang Ibu.

Ihsan seorang ibu untuk redha atas kesalahan & dosa kita
Ihsan seorang ibu untuk sabar dalam menghadapi kerenah kita
Ihsan seorang ibu untuk mendoakan kebahagiaan kita walaupun kita banyak melukai hati dia

Di situ,dengan bersaksikan wajah umi;aku meluahkan segala luahan aku.
20 tahun anak umi membesar dengan kasih sayang.
Umi beri segala-galanya.

Luahan seorang anak perempuan yang merasai serba kekurangan.
Agak pahit dan ego seorang anak agak teruji di situ.
Aku mulai dengan Bismillah.*Cuba berlagak tenang agar air mata aku tidak deras keluar.*

Umi,
Pertama kalinya,anakkmu memohon maaf andai selama 20 tahun ini anakmu banyak mengguriskan hati umi.
Anakmu tahu,sememangnya ada sekelumit rasa sedih bukan?
Anakkmu cakap kasar,anakmu tak buat kerja umi suruh,anakmu buat perkara yang membelakangkan pandangan umi.

Selama 20 tahun,anakmu merasai sangat kecil pengorbanan berbanding perngorbanan umi.
Kak Long sangat bersyukur,Kak Long banyak belajar daripada pengorbanan umi.

Umi selalu kata,umi ni suri rumah sahaja.
Tak macam makcik-makcik akhowat yang lain,ada doktor,ada pensyarah.

Tanpa sedar,anakmu merasakan umi terasa hati dengan cerita kak long yang mengatakan makcik-makcik akhowat hebat.

Ok.Perkara itu,jauh sudut hati anakmu,bukan mahu membandingkan umi.:”)
Tapi,percayalah,itu semua tak penting bagi kak long,bagi kak long:
Umilah yang terbaik!

Sebagai anak,kak long kena ambil cakna akan perasaan umi.
Itulah kelemahan anak umi & kak long minta maaf ya umi.

Disaat mengungkap maaf itu,air mata aku terus laju keluar.Dan aku merasakan ego sebagai anak telah tumbang mengalah dengan semangat jiwa anak yang solehah.

Yang kedua,aku cuba untuk senyum.:)

Umi dengan wajahnya yang merah,senyum juga tapi titisan air matanya tetap mengalir.

Kedua,tugasan sebagai anak perempuan.Kak long tahu,sebagai anak perempuan,kena ringankan kerja umi,tapi kak long rasa macam banyakkan kerja umi sahaja,kan?

Umi hanya senyum dan geleng.
Walaupun hanya respon sebegitu,umi masih berdiam diri,tidak bersuara.


Apakah tugasan anak perempuan yang aku maksudkan?
Bilakah umi aku akan bersuara?

I’Allah,disaat ini tidak mampu menyiapkan juga kisah ini.
Air mata juga mengalir untuk berkongsi
Semoga Allah melembutkan hati kalian semua.
Doakan ummu agar dipermudahkan oleh Allah utk menyiapkan tugasan sebagai mahasiswi pendidik*Assignment*

0 comments: