Sunday 1 September 2013

20 tahun yang membina dan menghidupkan ruh dan jiwa!



Bina!
Bina!
Bina!

Hidup!Hidup!Hidup!

Fasa membina dan menghidupkan  ruh dan jiwa.
Alhamdulillah.
Kini proses binaan dan hidupkan ruh dan jiwa kini sudah 20 tahun.
Merasakan diri ini sungguh berstylo sekarang~
Kini lebih berstylo untuk memegang kata-kata ini:






Meniti usia dewasa menjadikan saya semakin memahami rentak kehidupannya.
Semakin matang umur dan pemikiran, semakin itu kita faham soal tanggung jawab dan peranan.
Akhirnya setiap detik kehidupan kita jadi lebih bermakna.


Inilah kehidupan. Yang pasti selepas destinasi ini kita akan berhenti pula di satu stesen yang bernama kematian.
Persoalannya, adakah perjalanan kita di destinasi kehidupan bakal sarat membawa timbunan amal yang disaluti ikhlas kepada Tuhan?
Cukup terbelakah agama selama mana hidup di dunia?
Sempurnakah sudah bimbingan yang diberikan kepada keluarga dan ummat seluruhnya?

Hakikatnya amatlah berat menggalas tugas nabi dan Rasul terdahulu sehinggakan menitis airmata mengenang diri yang masih tidak bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang bakal di tanya oleh yang Maha Kuasa.
Hatta amanah kelimuan di madrasah universiti masih belum melayakkan diri memegang skrol keilmuan yang sebenarnya semakin berat untuk dijinjing.
Merasai beratnya untuk memanusiakan manusia.Allahu.

Semoga muhasabah diri di hari lahir ini akan dijadikan sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang hidup.

Terima kasih buat supermurabbi,Abi dan Umi kerana mereka banyak memberi dorongan,galakan dan tunjuk ajar untuk proses membina dan menghidupkan ruh dan jiwa saya.

Terima kasih Allah kerana memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri sebelum bertemu MU nanti!

Doakan saya agar Allah memakbulkan cita-cita saya untuk membina satu agenda ummah tahun depan!
InsyaAllah.

Tuesday 2 July 2013

Bukan sekadar membina malah menghidupkan!

Bertemulah mereka dalam satu bulatan .Bertanya khabar,iman dan masing-masing kelihatan gembira.
 Murabbiah dengan panggilan Umi hanya tersenyum melihat gelagat mereka.Al-maklumlah  usrah mereka kali ini berada di rumah Umi.
Seorang daripada mereka memulakan .
Basmallah.Al-Fatihah.

“Alhamdulillah,syukur kepada Allah,Allah masih beri peluang kepada kita untuk duduk dan sama-sama  menghidupkan jiwa dan roh kita.InsyaAllah”

Thursday 20 June 2013

Sebenarnya itu keletihan yang kita cari sendiri!

Berapa kali aku nak kata;
Aku tak faham lagi ke?

Perjalanan dakwah ini memang panjang dan meletihkan.
Kadang-kadang, mungkin aku tersedak-sedak  kehabisan nafas untuk terus menjejakkan kaki hingga sampai ke tujuan.

Kadang-kadang, mungkin aku lemah teramat malah merasa tidak kuat dan hampir tertinggal oleh gerabak dakwah.

Kadang-kadang, mungkin aku tersangkut dan terjatuh disebabkan  kesulitan yang dihadapi dalam perjalanan.

Sunday 16 June 2013

Saturday 15 June 2013

Bacalah, wahai Anakku!

Seperti biasa pulang dengan penuh misi.Salah satunya:

"Dear My Super Murabbi,ada bacaan yang membina jiwa tengah ting tong tak?"

"Hah.Ada.Mungkin anak Abi dah baca buku ni pada ketika dulu,namun kena baca buku balik utk rasa ting tong hilang.InsyaAllah.

Alhamdulillah.
Totally tebal buku ini.
Nak jadi daie stylo gtuh?
Eh?!kena baca.


Majmu' Rasail

"Teringin nak ada buku ini sendiri,sebab buku ini milik Super Murabbi."