Sunday, 9 August 2015

#4 Diari Pendidik

Bismillah.


Saya pernah ditegur oleh guru pembimbing untuk mengajar kelas yang lebih baik daripada kelas mereka namun saya tetap dengan pendirian untuk mengajar kelas ini.


Ya.

Memang mereka dikatakan murid kelas belakang,namun bagi saya,

Kepuasan mengajar mereka berbanding mengajar murid murid yang pandai.


Mereka mengajar saya untuk lebih berfikir.

Mereka mengajar saya untuk berusaha.

Mereka mengajar saya erti sabar.


Terima kasih anak anak syurga 2 Cemerlang.

Doakan ustazah!





Monday, 3 August 2015

#3 Diari Pendidik


Bismillah.

Hari ini mereka bermula exam.
Gelagat mereka exam melucukan.
Apa yang aku lihat,itulah situasi mahupun keadaan yang pernah aku alami satu ketika dulu.
Ada yang menggaru kepala.
Ada merenung jauh.
Ada yang tidur.
Ada yang terus menulis.
Ada yang melihat memandang rakan sekeliling.

Senyum,membuatkan aku kembali mengimbau kenangan lama di sekolah dulu.

Alhamdulillah,
Nikmat kehidupan.
Teruslah berjalan mencari makna kehidupan.
Yang pasti,ujian Allah senantiasa ada.
Hadapilah dengan hati yang tenang walaupun ujian umpama ombak yang menerjah di dunia
Akhirnya pasti kamu akan kembali kepada Rabb!


Mudahan anak anak syurga  4 Cemerlang ini menjadi generasi yang soleh wa musleh!
 



Wednesday, 29 July 2015

#2Diari Pendidik

Bismillah.

Dulu,
Aku fikir tugas guru hanya masuk kelas dan mengajar tetapi hakikatnya
Kini,
Apabila aku dilatih menjadi seorang guru,rupanya bukan sekadar itu sahaja
Tetapi ianya lebih daripada mengajar.


Hari hari datang ke sekolah
Menunaikan amanah

Hari hari datang ke sekolah
Membawa jiwa penuh rahmah

Hari hari datang menyampaikan ilmu
Dengan harapan murid bermutu

Hari hari datang menyampaikan ilmu
Agar jiwa murid sentiasa baru


Hari hari perlu menulis,merancang pengajaran dan pembelajaran murid,
Baru ku tahu rutin seorang guru guru dahulu yang pernah mengajar selama ini

Guru lah orang yang sentiasa berfikir untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa berlakon baik untuk mendidik
Guru lah orang yang sentiasa memastikan kita jadi lebih baik
Guru lah orang yang sentiasa berusaha untuk memudahkan kita
Guru lah orang yang sentiasa meluangkan masa dan tenaga untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa bermurah hati untuk kita
Guru lah orang yang sentiasa gembira melihat kita berjaya
Guru lah orang yang sentiasa membantu kita
Guru lah orang yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita

Segalanya yang baik untuk kita.
Kita ialah hasil daripada guru kita selama ini.
Bersyukurlah kerana kita berjaya di dunia ini,
Mudahan berjaya juga diakhirat sana!

Terima kasih wahai guru terchenta yang mengajar diri ini selama ini!






Tuesday, 28 July 2015

Saturday, 28 February 2015

Ikatan Luar Biasa

Ianya bukan ikatan yang boleh kamu bawa main-main,
Ianya bukan sekadar ikatan yang boleh kamu nyatakan pada laman sosial sahaja,
Ianya bukan sekadar ikatan yang menukarkan status dirimu sahaja,
Ianya ikatan yang luar biasa yang membuatkan kamu menjadi lebih baik.
Ianya Mitsaqan Gholidzo (Perjanjian yang kuat)!
Maka ia tidak dibangunkan hanya untuk sehari dua atau setahun sahaja
Ianya hingga syurga!
Maka,
jadikanlah ianya ikatan yang lebih membawa diri kamu mengenali Allah dan destinasi syurga menjadi pengakhiran hidup kamu.
insyaAllah,

Untuk kamu yang istimewa bujang,
Allah memberikan rezeki sesuai dengan keperluan hambaNya dan pada waktu yang terbaik.
Jodoh adalah salah satu rezeki yang Allah persiapkan untuk kita.
Allah akan memberikan jodoh pada kita di saat yang tepat.
Bukan sesuai dengan keinginan kita.
Selalunya kita menginginkan sesuatu hanya berdasarkan pada keinginan bukan pada keperluan.
Allah Maha Tahu, bila kita akan sedia untuk menerima sebuah tanggung jawab besar untuk membentuk suatu peradaban kecil yang di mulai dari sebuah keluarga.

*kenyit mata*
Bersinarlah!

Saturday, 22 February 2014

Travelog Muallim #3

Dunia kini makin parah,
Penghukum jiwa tak berdosa,
Kerana pangkat,harta dan wanita,
Perihal agama terus dilupa.
(Parahnya Dunia;Azhar Hilmi)

Parahnya Dunia.
Manusia yang ada lalai dengan nikmat dunia.
Manusia yang lupa akan tugas mereka.
Manusia semakin lemah.
Manusia semakin berhajatkan kepada dunia.

Mengapa semua ini berlaku?
Semuanya kerana manusia tidak mengenali Pencipta mereka,Allah.

Allah jadikan dunia utk manusia menjadi khalifah,
Allah jadikan dunia utk manusia beribadat kepadaNya.

Maka tugas aku;
"Memanusiakan manusia,bukan merobotkan manusia"

Allahuakbar.
Aku  dan mereka sedang belajar mengenai ilmu untuk membina manusia,
Maka janganlah kalian melihat guru dengan pandangan kecil,
Mereka membawa matlamat yang amat besar.

Solusi:Parahnya Dunia.
Selagi manusia tidak mengenali Allah,selagi itulah ada kemungkaran berlaku.
Maka
Itulah tugas aku dan kamu.
Untuk membawa manusia mengenali Allah!

 

Thursday, 20 February 2014

Travelog Muallim #2

Sepatutnya rasa malu kepadaNya,
Kerana anugerah kepada kita,
Membuat dosa rasa kekesalannya,
Buta hati lebih berbahaya,
Buta mata tidak nampak dunia,
Buta  hati tidak nampak kebenaran,
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan.
(Hijjaz:Antara Mata dan Hati)

Mudahan Allah sentiasa menyentuh hati hati kita agar sentiasa kita terbuka menerima kebenaran dan kebaikan.