Wednesday 29 July 2015
Tuesday 28 July 2015
Saturday 28 February 2015
Ikatan Luar Biasa
Ianya bukan sekadar ikatan yang boleh kamu nyatakan pada laman sosial sahaja,
Ianya bukan sekadar ikatan yang menukarkan status dirimu sahaja,
Ianya ikatan yang luar biasa yang membuatkan kamu menjadi lebih baik.
Ianya Mitsaqan Gholidzo (Perjanjian yang kuat)!
Maka ia tidak dibangunkan hanya untuk sehari dua atau setahun sahaja
Ianya hingga syurga!
Maka,
jadikanlah ianya ikatan yang lebih membawa diri kamu mengenali Allah dan destinasi syurga menjadi pengakhiran hidup kamu.
insyaAllah,
Untuk kamu yang istimewa bujang,
Allah memberikan rezeki sesuai dengan keperluan hambaNya dan pada waktu yang terbaik.
Jodoh adalah salah satu rezeki yang Allah persiapkan untuk kita.
Allah akan memberikan jodoh pada kita di saat yang tepat.
Bukan sesuai dengan keinginan kita.
Selalunya kita menginginkan sesuatu hanya berdasarkan pada keinginan bukan pada keperluan.
Allah Maha Tahu, bila kita akan sedia untuk menerima sebuah tanggung jawab besar untuk membentuk suatu peradaban kecil yang di mulai dari sebuah keluarga.
*kenyit mata*
Bersinarlah!
Saturday 22 February 2014
Travelog Muallim #3
Dunia kini makin parah,
Penghukum jiwa tak berdosa,
Kerana pangkat,harta dan wanita,
Perihal agama terus dilupa.
(Parahnya Dunia;Azhar Hilmi)
Parahnya Dunia.
Manusia yang ada lalai dengan nikmat dunia.
Manusia yang lupa akan tugas mereka.
Manusia semakin lemah.
Manusia semakin berhajatkan kepada dunia.
Mengapa semua ini berlaku?
Semuanya kerana manusia tidak mengenali Pencipta mereka,Allah.
Allah jadikan dunia utk manusia menjadi khalifah,
Allah jadikan dunia utk manusia beribadat kepadaNya.
Maka tugas aku;
"Memanusiakan manusia,bukan merobotkan manusia"
Allahuakbar.
Aku dan mereka sedang belajar mengenai ilmu untuk membina manusia,
Maka janganlah kalian melihat guru dengan pandangan kecil,
Mereka membawa matlamat yang amat besar.
Solusi:Parahnya Dunia.
Selagi manusia tidak mengenali Allah,selagi itulah ada kemungkaran berlaku.
Maka
Itulah tugas aku dan kamu.
Untuk membawa manusia mengenali Allah!
Thursday 20 February 2014
Travelog Muallim #2
Sepatutnya rasa malu kepadaNya,
Kerana anugerah kepada kita,
Membuat dosa rasa kekesalannya,
Buta hati lebih berbahaya,
Buta mata tidak nampak dunia,
Buta hati tidak nampak kebenaran,
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan.
(Hijjaz:Antara Mata dan Hati)
Mudahan Allah sentiasa menyentuh hati hati kita agar sentiasa kita terbuka menerima kebenaran dan kebaikan.