Thursday, 20 February 2014

Travelog Muallim

Tempatnya biasa,sederhana,namun hanya Allah yg tahu betapa luar biasanya tempat ini.

Pandanganya biasa untuk manusia.
Namun,ianya penuh dengan malaikat menaungi.

Allah mengizinkan ana dan sahabat sekelas untuk ber travelog ilmiah di negeri Kedah selama 4 hari 3 malam.Dan salah satu tempatnya ialah Maahad Darul Hadis.

Satu satunya tempat yang menawarkan hafazan AlQuran serta hadis.Allahu.
Usia pelajar yang muda seawal 6 tahun.

Bila kami disambut,ianya penuh kesederhanaan,dengan rasa rahmat.
Sesungguhnya tetamu datang,ianya membawa rahmat.
Mereka cukup memuliakan tetamu.

Alunan qasidah menjadi permulaan majlis.
Allahu.
Indahnya rasa ketika itu;pada masa yang sama rasa malu pada diri.
Apa yang dimalukan?

Pada abad ini,
Anak anak kecil disitu dihiburkan dengan Qasidah,
Anak anak kecil dilatih dengan Al Quran sebagai peneman,
Semuanya dituju untuk mendapatkan redha Allah.

Allahu.
Sucinya mereka.
Hari hari dipenuhi dengan majlis yang menghidupkan hati,dinaungi malaikat,
Mereka inilah insan yang dipilih oleh Allah.
Mereka inilah insan yang mulia,tidak dimewahkan dengan kebendaan.

Jauh dan sangat jauh dengan anak kecil kita.
Sejuk mata memandang.

Tidak disangka juga,
Dapat bertemu dan mendengar kata kata daripada Ustaz Zainul Asri.
Allahu.
Setiap tuturnya diselangi dengan selawat sentiasa.
Membuatkan pendengar juga sentiasa selawat kepada baginda.

Alhamdulillah.
Ianya sangat bermakna dan menyentuh hati.
Mudahan Allah sntiasa membimbing kita semua.
Amin.

0 kalam bisu:

Siapakah diri ini