Monday, 14 May 2012

Untuk Manusia

Janganlah sangka orang yang bermaksiat itu sahaja diuji,
Jangan ingat bila mereka bermaksiat itu, syaitan telah berjaya menipu mereka.

Ada saja sebahagian daripada mereka itu adalah orang yang jahil dan tidak tahu apa yang mereka buat itu adalah dosa.
Ada saja sebahagian daripada mereka itu adalah orang yang diajar agama secara buta, tetapi tidak dididik imannya.

Itu kira ok. Sebab mereka tidak tahu dan mereka diajar pun begitu.
Tetapi tahukah apa yang lebih teruk daripada itu?

Yang lebih teruk dari semua itu adalah, orang baik, lahir daripada didikan yang baik, tetapi bermaksiat dengan kebaikannya !

Tertipu dengan kebaikan sendiri. Kebaikan yang asalnya jadi saham ke syurga, tetapi menjadi tiket ke neraka.

Janganlah sangka bila kita sudah baik, buat yang baik, hidup pun baik-baik, masalah kita sudah selesai. Tak. Kalau yang buat maksiat kerana kejahilan dirinya itupun diuji, maka yang buat baik itu bahkan diuji lebih lagi kerana ilmu dan kefahaman yang ada padanya.


#Nota untuk manusia#

Siapakah diri ini