Saturday, 28 February 2015

Ikatan Luar Biasa

Ianya bukan ikatan yang boleh kamu bawa main-main,
Ianya bukan sekadar ikatan yang boleh kamu nyatakan pada laman sosial sahaja,
Ianya bukan sekadar ikatan yang menukarkan status dirimu sahaja,
Ianya ikatan yang luar biasa yang membuatkan kamu menjadi lebih baik.
Ianya Mitsaqan Gholidzo (Perjanjian yang kuat)!
Maka ia tidak dibangunkan hanya untuk sehari dua atau setahun sahaja
Ianya hingga syurga!
Maka,
jadikanlah ianya ikatan yang lebih membawa diri kamu mengenali Allah dan destinasi syurga menjadi pengakhiran hidup kamu.
insyaAllah,

Untuk kamu yang istimewa bujang,
Allah memberikan rezeki sesuai dengan keperluan hambaNya dan pada waktu yang terbaik.
Jodoh adalah salah satu rezeki yang Allah persiapkan untuk kita.
Allah akan memberikan jodoh pada kita di saat yang tepat.
Bukan sesuai dengan keinginan kita.
Selalunya kita menginginkan sesuatu hanya berdasarkan pada keinginan bukan pada keperluan.
Allah Maha Tahu, bila kita akan sedia untuk menerima sebuah tanggung jawab besar untuk membentuk suatu peradaban kecil yang di mulai dari sebuah keluarga.

*kenyit mata*
Bersinarlah!

Siapakah diri ini