Saturday 22 February 2014

Travelog Muallim #3

Dunia kini makin parah,
Penghukum jiwa tak berdosa,
Kerana pangkat,harta dan wanita,
Perihal agama terus dilupa.
(Parahnya Dunia;Azhar Hilmi)

Parahnya Dunia.
Manusia yang ada lalai dengan nikmat dunia.
Manusia yang lupa akan tugas mereka.
Manusia semakin lemah.
Manusia semakin berhajatkan kepada dunia.

Mengapa semua ini berlaku?
Semuanya kerana manusia tidak mengenali Pencipta mereka,Allah.

Allah jadikan dunia utk manusia menjadi khalifah,
Allah jadikan dunia utk manusia beribadat kepadaNya.

Maka tugas aku;
"Memanusiakan manusia,bukan merobotkan manusia"

Allahuakbar.
Aku  dan mereka sedang belajar mengenai ilmu untuk membina manusia,
Maka janganlah kalian melihat guru dengan pandangan kecil,
Mereka membawa matlamat yang amat besar.

Solusi:Parahnya Dunia.
Selagi manusia tidak mengenali Allah,selagi itulah ada kemungkaran berlaku.
Maka
Itulah tugas aku dan kamu.
Untuk membawa manusia mengenali Allah!

 

0 comments: