Saturday 15 February 2014

Jadi orang baru!

  "Bagaimana nak berubah?"

Bila ditanyakan mengenainya,ana sendiri tak tahu nak explain bagaimana.Garu kepala.Berdasarkan pengalaman ana sendiri,nampak soalan ini mudah untuk dijawab tetapi penerimaan jawapan pada mereka  mahu berubah agak sukar.

Adakah wajar kita mengikut skema jawapan?
"Berubah lah kerana Allah"

Ternganga orang yang bertanya.Apatah lagi bagi orang yang baru nak kenal Allah.

Bila ana sendiri bergaul dengan pelbagai latar belakang,kita banyak mengenali dan memahami mereka.

So,bila ditanya,kenalah jawab dengan jawapan yang mereka senang dengan kita.Namun,bagi ana,ianya satu anugerah apabila mereka datang dan bertanya kepada kita.Allahu.

"Ingat senang ke?"

Jadi,one of the jawapan yang ana jawab;

"Jadilah diri sendiri"

Dan dia menjawab dengan riangnya;
"Macam tuh ya?"

Dan ana hanya menjawab begitu tanpa explaination dan ceramah yang lebar lebar.Perbualan itu rupanya tidak sekadar itu sahaja,rupanya ada lagi soalan yang seterusnya pada hari dan minggu yang lain.

Serius.Apabila bersama,ana sendiri jadi orang yang baru.
Lebih santai,cool,nakal pun ada.

Yang penting,
Kita selalu mendoakan mereka.
Sangat bersyukur bila mereka mula suka akan kebaikan.
Kita semua ahli syurga!

Kita bukan yang dulu,
Kitalah yang sekarang.

Jadilah orang yang baru.

Nasihat pada diri;

Selagi diri masih merasakan diri mementingkan diri,
Selagi itulah kita perlu berusaha untuk memberi.

Memberi bukan untuk menampakkan kita hebat pada pandangan manusia,namun ia mendidik hati kita dan orang lain untuk turut memberi.
Belajarlah  untuk memberi.
Usahalah untuk memberi.
Memberi mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa yakin akan ada Maha Pemberi.
Allahuakbar!

0 comments: