Thursday, 23 January 2014

Bayt Muslim!

Aku pernah di tanya mengenainya & selalu ditanya mengenainya
Dan aku sangat berbesar hati untuk menjawabnya;
Dan aku tidak sesekali bercoleteh panjang disini untuk menghuraikannya.


Cukup untuk diri ini tahu ianya.

Ianya Amanah;bukan untuk seronok-seronok.
Ianya Besar;bukan untuk dibangga-banggakan.



Ianya bukan sehari,tetapi selamanya hingga ke syurga Allah
Maka apa bekalan yang aku sediakan,bina  untuk diri aku?
Apabila aku bina bayt muslim nanti;
Adakah aku yakin bahawa aku mampu menyumbang sesuatu untuk ummah?
Adakah aku yakin untuk menjadi orang yang sentiasa menyokong  suami aku dalam perjuangan?
Adakah aku akan menjadi wanita yang membantu suami membawa keluarga ke syurga?
Adakah aku mampu menjadi orang yang menenangkan jiwanya?
Dan suatu hari nanti,
Yakinkah aku mampu menjadi seorang ibu yang solehah?
Yakinkah bahawa aku mampu membantu suami ku kelak untuk melahirkan zuriat yang soleh?
Yakinkah aku mampu mendidik anak-anak untuk taat pada Allah dan Rasul?

Maka,terlalulah banyak soalannya,yang menguji keyakinan kita,dankeyakinan itu diperoleh  apabila kira menjaga
 hubungan kita  denga Allah.Allahuakbar.
Maka,sejauhmanapun aku memahami bayt muslim,tetapi aku tidak meletakkan keyakinan pada Allah,maka sia-sia lah ia begitu sahaja.
Semakin hari,semakin dekat,
Allah memberi 'amaran' pada jiwa ini,
Adakah  'jiwa' aku betul-betul bersedia untuk berbayt muslim?
maka dapat aku konklusikan:
"Pernikahan itu memerlukan dua jiwa yang hidup,agar kehidupan itu sentiasa hidup!"
Jangan berlengah,

siapkan diri untuk bersedia!

0 kalam bisu:

Siapakah diri ini