Sunday, 17 March 2013

#Hikmah

Selepas  mendengar berita pemergian ikhwah itu.
Engkau sudah menunjukkan kepadaku dan seluruh ikhwah dan akhawat  bahawa dakwah dan tarbiyah itu nadi.
Allahu.
Aku tahu kematian itu akan tiba tidak mengenal usia.
Masa tidak akan menunggu kita
Semoga Allah merahmati kita.


Saturday, 9 March 2013

Hati seorang ibu,tiada siapa yang tahu (2)



Amin Ya Rabb


Umi tetap menangis. Ketika itu aku hanya mampu melihat dan menangis juga. Betapa dosanya aku;seolah-olah aku banyak dosa terhadap umi.

Aku biarkan umi mengalirkan titisan air mata kerana itulah kali pertama aku melihat dia menangis di hadapan aku setelah 20 tahun. Selama ini,aku hanya melihat apabila umi sudah pun menangis seorang diri. Aku boleh kesan,mata umi merah,suara umi lain.Litar fikiran mengingat kembali:

“Umi,umi ok tak?Umi nangis ye?”
“Takla.Masuk habuk”

Thursday, 7 March 2013

Hati seorang Ibu,tiada siapa yang tahu


 “Umi,Adakah Along anak solehah?”
Soalan di ajukan dengan nada lembut.Seusai solat berdua dengan umi.Aku memeluk dan mencium pipi umiku selepas berzikir.Rasa sungguh jarang kami solat berdua begini.Kebiasaanya berjemaah dengan ramai.

Terdiam.Diam seorang ibu tatkala anak sulungnya bertanya soalan sebegitu.

Aku hanya mampu  melihat wajah umi yang berdiam diri.Dan sangat-sangat menantikan jawapannya.Sudah lama aku pendam soalan itu.Saat itu,selepas kami solat berjemaah,aku didatangi dengan satu keyakinan ketika aku membaca doa untuk kedua ibu bapa untuk bertanya kepada umi.Gentar pula hatiku ketika mendoakan doa ini & umi mengaminkan doa ini;

Siapakah diri ini