Thursday 20 June 2013

Sebenarnya itu keletihan yang kita cari sendiri!

Berapa kali aku nak kata;
Aku tak faham lagi ke?

Perjalanan dakwah ini memang panjang dan meletihkan.
Kadang-kadang, mungkin aku tersedak-sedak  kehabisan nafas untuk terus menjejakkan kaki hingga sampai ke tujuan.

Kadang-kadang, mungkin aku lemah teramat malah merasa tidak kuat dan hampir tertinggal oleh gerabak dakwah.

Kadang-kadang, mungkin aku tersangkut dan terjatuh disebabkan  kesulitan yang dihadapi dalam perjalanan.

Tidak seorangpun di antara kita yang tidak pernah mengalami suasana perasaan seperti itu bahkan hampir semua kita, walau se'tough' & 'stylo' manapun keperibadiannya, pasti akan mengalami situasi lemah dan merasa kekurangan tenaga.


Kenapa engkau nak sibuk dakwah?
Kenapa engkau nak cari letih?


Hakikatnya itulah sifat jiwa manusia sepertimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam salah sebuah hadis sahih bahwa keimanan itu ada kalanya bertambah dan berkurang. Ia bertambah kerana amal soleh dan berkurang kerana kemaksiatan.

Tapi kita perlu ingat bahwa :

Selama kita berusaha untuk tetap berada dalam gerabak ini, insyaAllah, kelemahan dan kekurangan kita tidak akan mampu menjatuhkan kita.

Selama kita tetap komitmen bergerak dalam gerabak dakwah ini, insyaAllah kita akan menerima banyak keistimewaan dan barakah.

Selama kita tetap memelihara hubungan baik dengan Allah & segalanya, insyaAllah semua kelalaian dan kealpaan kita kemungkinan besar akan dapat diluruskan dan kembali kepada jalan yang benar.


Coretan ini untuk diri aku sendiri buat diri yang mula manja.
Ketuk diri.

Apatah lagi ketukan membaca Majmu' Rasail karya Hassan Al-Banna.Antara salah satu ciri dakwah kita ialah,suci.Yaitu menolak kepentingan diri,kepentingan dunia malah keinginan dan kehendak kita.Malah kita perlu melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah untuk para pendakwah.
Rujuk Surah Yusuf:ayat 108.

Say: 'This is my way. I call to God with sure knowledge, I and whoever follows after me. To God be glory! And I am not among the idolaters.'


Sungguh buat aku & mereka yang sedang letih,mahu letih:

Kita yang mencari letih.Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah pada Allah yang menciptakan kita.Jangan risau,Allah kira semuanya.


Senyum kembali.
i'Allah.
Teruskan,Kuatkan azam.

Dr.Muallimah UF

0 comments: