Tuesday 16 April 2013

Sayangi Hati Aku & Kamu



[Qalbi]Kita lihat,setiap rumah,ada pintunya.Begitu juga dengan hati kita kan?Hati kita ada pintu-pintunya. Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'. Tugas dan tanggungjawab kita ialah memastikan pintu-pintu hati tadi senantiasa terbuka luas. Untuk apa? Supaya ia boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah.




Memang sukar nak kawal 'pintu-pintu' hati sekarang apatah lagi di usia yang agak kritikal untuk ummu katakan.Ikut rasa hati,mahu buka luas-luas pintu hati ini untuk terima ultra-ultra cahaya hidanyah serta ilmu Allah.Allahuakbar!

Tapi
Tapi
Tapi

Biarpun hati kita sentiasa terbuka, namun kita harus awas selalu.

'Security Hati'
Tahap 'security''nya harus dipantau dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Apatah lagi,macam-macam virus yang akan masuk melalui pintu hati itu.
Almaklumlah, banyak juga bilangan musuh yang mahu menjajah kerajaan hati.*hoho*
Banyak musuh yang cemburu pada kegemilangan hati dengan nur hidayahnya yang berkilau serta ilmu Allah yang sarat. Untuk itu, musuh-musuh itu tidak pernah rehat mengintai dan menanti peluang lewat dasar 'keterbukaan' pintu-pintu hati itu.

Intaian musuh kadang-kadang membuatkan ummu rasa goyah,haish,tapi mana boleh kalah begitu sahaja kan?

Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan), pintu-pintu hati mesti sentiasa terbuka. Tidak boleh tertutup& sekejap buka & tutup balik.

'Software Hati'

Terbukanya pintu-pintu hati melambangkan kehebatan dan 'gentle'nya dia. Hati yang pintu-pintunya terbuka tidak pernah gentar dengan serangan-serangan liar itu kerana ia rasa selamat dengan pagar-pagar yang melingkari dan merentang di sekelilingnya.
Itulah pagar ketauhidan (akidah), amal soleh, keikhlasan, keyakinan serta kesabaran.

Software yang perlu kita bina sendiri,bukan daripada orang lain.Syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus-menerus menutup pintu-pintu hati yang terbuka tadi. Mereka amat takut dan gerun pada kilauan cahaya iman dan nur hidayah yang menyimbah laksana bebola mentari itu.

Namun mereka tak pernah putus asa. Mereka datang lagi dengan cara yang lain pula. Kali ini modus operandi mereka ialah dengan berusaha keras secara berpasukan melemah dan merosakkan pagar-pagarnya yakni pagar-pagar hati tadi. Pagar yang tidak dipantau dan dikawal rapi akhirnya bolos juga!

Haish.Tension juga diri ummu nak buat kubu pertahanan berturut-turut,serangan mengganas itu sangat memenatkan,tapi ummu sedar satu perkara:
Senjata apa yang diasak sampai melumpuhkan pagar-pagar hati tadi?
Apa dia??

Tidak lain dan tidak bukan itulah dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kepada Allah atau sesama manusia.
Allahu.
Senjata dosa yang diguna pakai syaitan dan nafsu pada fasa pertamanya bertindak memusnahkan pagar-pagar hati.
Pada fasa berikutnya ia menjadi lebih agresif dan kemaruk. Apabila bala tentera dosa datang dalam jumlah yang banyak, bukan saja pagar hati dapat diruntuhkan, bahkan pintu-pintu hati yang terbuka tadi pun berjaya diceroboh dan dibolosi.
Apa yang terjadi selepas 'tentera penjajah' itu berjaya menguasai hati?

Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup. Cahaya iman yang berkemilau bertukar menjadi suram dan kelam. Cahaya ilmu tidak mendapat tempat lagi kerana pintu-pintu hati mula tertutup rapat.
Di fasa ini, manusia akan menjadi seorang yang lalai selalai-lalainya.




 Firman Allah :
 "Sekali-kali tidak (demikian). Sebenamya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka." 
(Al-Mutafffifin:14) 
Al-Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata: "la bermaksud dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta."

As-Syeikh Abu Bakar al-Jaea-iri rahimahullah di dalam tafsirnya 'Aisarut Tafasir' menyebutkan: "Dosa-dosa yang dilakukan itu menutupi hati-hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran."

Ulama lain pula menyebutkan:
"Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka."

Mungkin kita masih ingat apa yang telah kita perkatakan dulu. Bagaimana dosa bermula dengan satu titik hitam (noktah) seterusnya merebak menjadi banyak. Kemudian ia menjadi karat, di dalam hati. Setelah sekian lama kekaratan ini dibiarkan, ia beralih menjadi lapisan-lapisan yang menutupi hati dengan karung maksiat.

Bila keadaan ini berlaku kepada seseorang yang sebelum ini telah mendapat hidayah dan ilmu; maka ia akan jadi terbalik. Ketika itu ia akan dikuasai oleh musuh-musuhnya yang mengheretnya ke mana sahaja yang disukai mereka,maka


Jagalah hati.
Sayangilah hati.
Gunalah apa-apa cara pun untuk membina,melawan musuh-musuh hati.


*Ini nota monolog dalaman*
Buat diri ku,
sentiasa muhasabah & taubat setiap hari,jangan nak enjoy2 ye!

Rujukan:
Gabungan Koleksi Buku Membina Jiwa UF

0 comments: