Sunday, 10 April 2011

"jangan jadikan cinta kita fitnah"

selalulah amalkan doa ni yer!(^_^)



Salam sahabat semua..Oleh disebabkan ummu sdh berjanji ngan ngan cik adik manis Afiqah...maka ummu pun postkan mengenai jodoh..Hmm..ummu bukanlah 'berpengalaman' sbb bujang lagi(^_^).,,ttpi sekadar perkongsian..


ummu hanya membuat sedikit pemerhatian dan ilmu2 dari saudara2,,pakcik2..makcik2,,ustaz n ustzah.,, 
bermanfaat sungguh ilmu mereka ini..
ketika menyertai pgram...

distu byk ilmu yg dpat..ummu tak dapatlah nk cite semua  tp kalu nk thu lebih lanjut..tnyalah ummu yer!insyaAllah~

ibu-ibu bapa-bapa siapa yg  punya anak
bilang aku,,aku yang tengah malu,sama teman ku,kerana cuma diriku yang tak laku2.
.betul ke?
ummu pun tak igt lagu die cm ne..

em,,hehe..ummu teringat lagu ni.cari jodoh~alamatnya bile nyanyi lagu ni,,konfem ramai yang nak!haha..

persoalan yg timbul..

"ustazah,,boleh ke umo cm kte ni cari jodoh awal2??"umo dlam lingkungan 16-20.

ustazah hnya tersenyum dgn soalan itu..jawabnya dengan 'simple'..
 "boleh..tp adakah anak2 tahu,,kalu yg nk cri jodoh tuh..kite mesti berCINTA dulu.."
kami tercengang seketika tatkala mendengar jawapan ustzah tersebut..hmm,,
sambung ustazah..
"ustzah nk tnya dulu..yang bercinta tuh,,nak cari jodoh ke??"tnya ustzah trsebut.


sambung ustzah,cinta dan jodoh  berkaitan rapat..bg pandangan ustzah..x salah berCINTA utk mendapat jodoh..tetapi,,,

"CINTA yang mcm mane??"
CINTA secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan..
CINTA berlaku setelah ijab qabul;CINTA lepas kahwin.Itulah cinta QUDUS
CINTA yang bermaruah.Bukan cinta MURAHAN.Inilah kemuliaan agama kita,Islam..


Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

"sabda Rasulullah:Tiada ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali NIKAH".
(Riwayat Ibni Majah)

"Jadi cm ne dgn orang yang dh bercinta sebelum kahwin?kapel?"

Wahai anak2 ku,,CINTA dan perasaan suka itu merupakan fitrah manusia,,

NALURI adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
NALURI ingin memiliki dan suka kalau dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah.

Kalau NALURI tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.TIDAK!!!

Islam tidak suruh membunuh NALURI seperti yang dilakukan para paderi atau sami.Jngan nafikan NALURI ini.Jangan berbohong pada diiri sendiri.

Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah.Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya.

Jangan jd MALAIKAT!kerana Allah ciptakn kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya adalah hambar tanpa NALURI nafsu.

"tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS shaja.Tak pernah bersua muka pun!

betul.Itu adalah salah satu yang dimaksudkan deengan MENGHAMAPIRI ZINA.Memang pada awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada sesuatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan.

"takkan nak berbual-bual pun tak boleh?itupun zina juga ke??"

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.Ada zina tangan(berpegangan tangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan berahi).Melihat auratnya juga zina mata.Zina hati iaiut khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasuluallah:Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adlah dengan menyentuh.Kedua kakinya juga berzina dan zinanya ialahberjalan(menuju ketempat pertemuan).Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman-(Riwayat Muslim dan Abu Daud)..

Sebenarnya jalan dan lorong2 menuju kepada perzinaan amat banyak.Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana2 jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.


"kami tidak berzina"
"maaf.saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina!"
kami hnya berbual-bual...berbincang....bertanya khabar....minum2...Adakah itu menghampiri zina??"
"ya,,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan"
"kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu."


Hari ni,,,ya....Besok mungkin kamu kecundang..Kamu dalam bahaya.Jangan bermain dengn bahaya.Iblis syaitan akan memerangkap kamu.Sudah banyak tpu daya iblis yang mengena sasaran.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus.Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama...Adam dan Hawa.Jangan pula lupa.Siapakah kita berbanding Adam dan Hawa?Ia ada lebih 1001 cara..

kenapa tak nikah????

menyorot dasyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ni,pelbagai maksiat menular di sana sini.Pemuda meratah anak dara sesuka hati.Gadis hilang harga diri.Anak pungut merata-riti..Ah!!!!! Sekotor inikah cinta anak muda????! TIDAK!!!!


"INGAT NIKAH TU SENANG?!"


Mungkin ini persoalannya.Mungkin ini yang membelenngu pemikiran anak muda yang bercinta.Sama ada jawapannya senang atau susah.Setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.

niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar.Apa yang dinamakn cinta lelaki n perempuan asing hnya boleh dinikmati selepas berumah tangga.
 “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)

*********


tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah..kita tak kenal pasangan kita secara dekat.bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin...

BOLEH PERCAYA DENGAN PERWATAKAN MASA SEDANG BERCINTA??
  • masing2 akan berlakon dengan watak yang baik.penyayang,penyabar,pemurah...masa bercinta adlah alam lakonan smata-mata
  • bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
  • masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk..jangan haraplaah lepas kahwin bila maerajuk ada yang memujuk
  • banyak org yg kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta..perangai jauh berbeza..macam langit dengan bumi~
  • masa bercinta..dia seorang amat sabar tnggu pasangan....terlambat berjam-jam..SABAR...tapi bila kawin..lewat 5 minit dah kena tengking..
  • jadi..perwatakan masa bercinta tidak boleh di percyai
  • percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit..


p/s:pesan ummu:jika kamu melihat keadaan sebuah negara di masa hadapan,,lihatlah kpd remajanya hari ini..
buatlah pilihan yg bijak ANTARA CINTA DAN CITA-CITA..

"SEMUA NAK YG SOLEH/SOLEHAH N BAIK..JADI,,SEBELUM TU..JADILAH YANG SOLEH/SOLEHAH TERLEBIH DAHULU"..


 Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu sisi Allah swt ialah orang-orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Telti”
(QS 49:13)

So..jadilah org yang bertaqwa yer..:)

““Sesungguhnya ALLAH tidak memandang paras rupa kamu, keturunan kamu & harta-harta kamu, tetapi ALLAH memandang pada HATI-HATI & AMALAN-AMALAN kamu.”
(Hadith Riwayat at-Tabrani)








p/s:sila lah tengok ea..anda bijak jauhi zina..http://youtu.be/WnPO3GfPkTE




3 kalam bisu:

Siapakah diri ini